Ya Allah

Antara NASIB & TAKDIR adalah sesuatu yang lebih kurang sama. MEREKA akan berubah hanya dengan DOA kita & dengan KeizinanNya

Thursday, July 4, 2013

Day 4

Pagi ni bagi Ferret mcm ubat macam biasa..mak call aku kat pejabat td kata dia dah kencing..Alhamdulillah, semalam dia dahlah tak berak, kencing pun tidak..at least pagi tadi, terlepas sikit beban sakit dalam badan dia.. Ya Allah, aku harap sangat meow aku dapat sihat seperti dulu..takut sangat kehilangan dia sbb aku tak bersedia lagi..memang ajal dan maut di tanganMu tapi..sob..sob..sob..

Lepas kencing tu, mak kata dia pi minum sendiri air dalam bilik air walaupun dalam rumah dia ada air telah disediakan.. salah satu habit dia, dia mmg suka minum air dalam bilik air..sepanjang dia sakit dari day 1 - 3, dia tak pernah minum air sendiri so, lega sgt bila dgr dia pegi sendiri minum air..

Disebabkan kerisauan aku tahap 10, aku bw dia pi Vet dlm pukul 11 pagi sbb takut ada efek pasal dia tak Yak 4 hari.. then, Dr. Cyndi said nothing since dia sakit mmg tak makan banyak sbb tu dia tak Yak..plus, Yak dia xkeras dan xbyk..lega lagi bila dgr dia ckp xde pape..yang lawaknya, masa doktor vet tu pegang perut nak rasa condition dia, kali pertama Ferret ok lagi tapi kali ke2 pegang perut dia Ferret trs lancarkan serangan kuku dia..kalau aku yg pegang, sah2 kena cakar dgn dia..Ferret, Ferret..ㅋㅋㅋ
Then, Dr. Cyndi suh bagi Laxapet supaya dia blh yak dan bagi ikut instruction. dia tak galakkan bagi minum susu lembu tu mungkin tak sesuai kot..oklah, aku ikut ckp dia..

Ptg tadi balik umah, aku harapkan dia dapat sambut aku balik mcm yg biasa dia buat tapi dia takde..xpelah, nanti dia sihat dia buatlah..tghari tadi dia sambut aku mungkin sbb dia belum tido lagi..for first time aku tgk dia minum air dalam mangkuk dia selepas makan biskut dia..gumbira sungguh aku tgk dia makan.. lepas tu nak bagi dia makan ubat nih, pergh, sakit jiwa dibuatnya..tak tau lah pehal hari ni dia susah nau nak makan ubat..bila aku bagi, dia ptuih kan balik..hangin satu badan!! aku marah betul dgn dia..setelah berjuang, baru dapat dia telan..tapi yg buat aku sedeh tuh, nafas dia terus berombak bila kena marah dgn aku..suddenly aku baru sedar yg Ferret ni tak boleh kena marah, hati kecik org kata..sebelum ni pun kalau aku sergah2 dia, dia melompat sbb terkejut..takut gak mula2 tapi kelako tgk bila dia terlompat..lepas ni aku taknak wat lagi dah..takut ada benda yang tak diingini berlaku plak..

No comments :