Ya Allah

Antara NASIB & TAKDIR adalah sesuatu yang lebih kurang sama. MEREKA akan berubah hanya dengan DOA kita & dengan KeizinanNya

Monday, July 1, 2013

Day 1

Semalam, my Ferret looks tired.. then i checked his breath and nampaknya pernafasan dia lain macam sikit.. bila aku perhati betul-betul, hidung dia kembang kuncup dan perut dia turun naik.. aku dah mula rasa tak sedap hati.. so i tried to get his attention but dia tak layan sangat.

aku cuba main dengan dia seperti biasa, tapi mcm takde mood je. itu yang buat hati kuat mengatakan ferret memang TAK SIHAT...
masa tu gak aku pk, esok aku kena bawa gak pi Vet..

Aku pi dgn kak Zai sbb Onchet pun sakit sbb tak leh Yak.. Then, masa aku jumpa dr. Cyndi, aku cerita A to Z ttg Ferret. Dr. Cyndi suggetkan aku utk X-Ray Ferret sbb pernafasan dia mmg tak stable. Ya Allah, masa aku tersangat sedih bila dia kena X-Ray.. si Ferret aku ni mmg seorang yang tough bila jumpa doktor. so aku harap dia mmg takde apa-apa masa tu..

Lepas Ferret diagnosed and injected by dr. Cyndi, rupanya paru-paru dia terbentuk 'leafing'. aku pun tak tau pebenda tu. aku ingatkan psl cara aku bagi multivitamin tu salah ternyata salah sbb puncanya adalah TERJATUH.. Masalahnya, aku tak nampak pun dia jatuh.. tapi tak taulah kalau malam jumaat kelmarin, kami pi putrajaya and leave him alone at home, dia main sorang2 dan terjatuh sbbnya ptg sabtu aku balik dia mood biasa je.. sangat ketara pada ahad tu..

Then, doktor tanya aku balik macamana dgn habit dia? aku jawap Ferret adalah meow yang sangat aktif n independent cat. kadang2 aku tgk bila dia main sorang2, sometimes dia terlanggar kerusi umah tu..mmg sakitler jawabnya.. tapi dia kan konon2 kuat belasah jelah.. tu yang buat salah satu punca 'leafing'. sedih giler aku dengar..SOB SOB SOB jelah time tu..

Dr. Cyndi bagi 2 jenis ubat utk dihabiskan dan kena datang balik jumpa dia by next week..aku harap sangat Ferret sihat dan cergas cergas seperti biasa.. lepas ni mmg kena pantau lah..takleh bagi dia aktif sangat..

Dalam pukul 8 mlm, aku mula bagi pil tu. mmg masak nak bagi dia makan sbb dia dah bijak skrg ni. dah kenal ubatler katanya..terus muntah lah jwpnya.aku punya hangin sbb dah bazir satu pil masuk bwh mesin basuh.takkan nak cari plak. aku terus hancurkan 1 pil n campur dgn bagi dia minum..mmg susah tapi nak taknak kena bagi gak.. Kakak nak bagi Ferret sihat so kakak takank Ferret tak makan ubat tu sayang..

No comments :