Ya Allah

Antara NASIB & TAKDIR adalah sesuatu yang lebih kurang sama. MEREKA akan berubah hanya dengan DOA kita & dengan KeizinanNya

Sunday, July 7, 2013

Day 7

Hari ni last day to fed him ubat..ada masalah sikit nak bagi ubat sbb dia dah mula rasa pahit..ngelat2 sikit je cuma malam ni dia main kan aku sbb ingatkan dia dah makan tiba2 je dia ptuih kan balik..aku bagi balik dia makan, dia takmoh dah..konon2 dah masuk angin lah..takpe, esk bw jumpa doktor, biar doktor marah awak sbb taknak makan ubat..

hari ni tgk dia mcm dah sihat cuma aku still pantau bab melompat sbb punca leafing tu psl Ferret is hyperactive, playful and cheerful cat. so, aku xnk benda buruk berlaku lagi dah..

Masa aku balik dari mydin tadi, ferret sambut aku mcm aku balik dari keje..aku buka pintu rumah je, dia dah meluru keluar nak bermain dan ambik angin..wah wah wah..awak ni pantang sehat sikit je, terus nak lepak2 kat luar yek..xpelah, bagi gak chance kat dia ambik angin dan tgk burung depan umah..


NOTA KAKI
~Alhamdulillah, kakak bersyukur pada Allah kerana Ferret disebabkanNya kerana doa Kakak yang tidak putus2 utk Ferret. Thank you ALLAH~
~Thanks Ferret sbb awak sangat STRONG dan TOUGH dalam menghadapi dugaan yang Allah turunkan utk Ferret~

Saturday, July 6, 2013

Day 6

Pagi ni aku bagi dia makan ubat lambat sikit sbb leka nau tgk tv..lepas tu bagi laxapet dan susu lembu sbb nak suh dia Yak..tapi tak Yak gak..tapi hari ni dia nampak mcm dah sihat sikit..aku tgk dia start grooming laju2..dah mula cakar kerusi mcm biasa..berlegar kat luar rumah mcm rutin dia buat masa dia sihat dulu..cuma lompat2 dia tak kuat lagi..

Friday, July 5, 2013

Day 5

Bagi Ferret makan ubat seperti biasa. hari ni dia takde wat hal nau mkin badan dia dah rasa ringan sikit..aku bagi just laxapet je..masa aku nak pi keje tadi aku tgk dia dah yak..Alhamdulillah...finally...

Thursday, July 4, 2013

Day 4

Pagi ni bagi Ferret mcm ubat macam biasa..mak call aku kat pejabat td kata dia dah kencing..Alhamdulillah, semalam dia dahlah tak berak, kencing pun tidak..at least pagi tadi, terlepas sikit beban sakit dalam badan dia.. Ya Allah, aku harap sangat meow aku dapat sihat seperti dulu..takut sangat kehilangan dia sbb aku tak bersedia lagi..memang ajal dan maut di tanganMu tapi..sob..sob..sob..

Lepas kencing tu, mak kata dia pi minum sendiri air dalam bilik air walaupun dalam rumah dia ada air telah disediakan.. salah satu habit dia, dia mmg suka minum air dalam bilik air..sepanjang dia sakit dari day 1 - 3, dia tak pernah minum air sendiri so, lega sgt bila dgr dia pegi sendiri minum air..

Disebabkan kerisauan aku tahap 10, aku bw dia pi Vet dlm pukul 11 pagi sbb takut ada efek pasal dia tak Yak 4 hari.. then, Dr. Cyndi said nothing since dia sakit mmg tak makan banyak sbb tu dia tak Yak..plus, Yak dia xkeras dan xbyk..lega lagi bila dgr dia ckp xde pape..yang lawaknya, masa doktor vet tu pegang perut nak rasa condition dia, kali pertama Ferret ok lagi tapi kali ke2 pegang perut dia Ferret trs lancarkan serangan kuku dia..kalau aku yg pegang, sah2 kena cakar dgn dia..Ferret, Ferret..ㅋㅋㅋ
Then, Dr. Cyndi suh bagi Laxapet supaya dia blh yak dan bagi ikut instruction. dia tak galakkan bagi minum susu lembu tu mungkin tak sesuai kot..oklah, aku ikut ckp dia..

Ptg tadi balik umah, aku harapkan dia dapat sambut aku balik mcm yg biasa dia buat tapi dia takde..xpelah, nanti dia sihat dia buatlah..tghari tadi dia sambut aku mungkin sbb dia belum tido lagi..for first time aku tgk dia minum air dalam mangkuk dia selepas makan biskut dia..gumbira sungguh aku tgk dia makan.. lepas tu nak bagi dia makan ubat nih, pergh, sakit jiwa dibuatnya..tak tau lah pehal hari ni dia susah nau nak makan ubat..bila aku bagi, dia ptuih kan balik..hangin satu badan!! aku marah betul dgn dia..setelah berjuang, baru dapat dia telan..tapi yg buat aku sedeh tuh, nafas dia terus berombak bila kena marah dgn aku..suddenly aku baru sedar yg Ferret ni tak boleh kena marah, hati kecik org kata..sebelum ni pun kalau aku sergah2 dia, dia melompat sbb terkejut..takut gak mula2 tapi kelako tgk bila dia terlompat..lepas ni aku taknak wat lagi dah..takut ada benda yang tak diingini berlaku plak..

Wednesday, July 3, 2013

Day 3

I still waiting for him to 'poop' but Ferret's poop sayang nak keluarkan kot.. huwaaaa...aku ni tersangat risau kalau ada problem palk dalam perut dia..blog2 yg aku baca kebanyakan mengaitkan dengan kidney prob..lagi ler aku risau.

Mood dia pula masih lagi kurang dari biasa. nasib baik dia nya mood makan masih kuat..hehehe..just minum saja aku kena paksa dia minum..bab minum mmg dia susah sikit even dia sihat pun mmg susah nak minum..kalau dia makan wet food aku tak kisah nau tapi dia hanya suka dried food only. aku pernah gak pancing dia makan wet food tu, tapi hampeh, dia just hidu lepas tu blah wat donno..pernah gak try letak sebelah2, last2 dia pi kat dried food gak.. takpelah, yg penting Ferret sihat kan sayang....

Bab makan ubat plak, macam biasalah mmg susah giler nak masukkan ubat dalam mulut dia..bijak sungguh dia keluarkan balik dari mulut dia..tapi aku paksa gak..Ades sayang, kalo ginilah awak tak baik kang..nanti kakak sedeh tau...memang sedeh bila paksa dia makan tapi hati ni lagi pedeh tgk dia terpaksa lalui kesakitan tersebut..

Petang tadi aku bawa dia pi tgk burung kat taman sebelah sbb dia mmg suka bunyi burung..sampai je kat umah org tu, wah dia dah tegakkan kepala dia..tapi sekejap je sbb dia kan tak sedap badan, belakang dia masih sakit tu yg dapat nak berdiri tegak lama2..tapi aku salute Ferret ni, walaupun dia sakit dia sangat TOUGH dan STRONG!!!!

NOTA KAKI
~Kakak SAYANG Ferret!!!~

Tuesday, July 2, 2013

Day 2

Hari ni Ferret tak Yak..mungkin tulang belakang dia sakit nak teran..aku tgk selwera mkn dia ok cuma makan sikit dan taknak minum air. macambiasa lah, mmg kena paksa lah jawapnya...
pagi tadi bagi dia mkn ubat tahan sakit dan antibiotik..mmg seksa as usual tp ok sikit sbb aku bagi dia dgn mendogakkan kepalanya ke atas..sayu hati bila tgk dia macam tu..lepas aku bagi dia mkn ubat, aku pun siap nak pi kerja. dia duk dpn pintu tgk org lalu lalang..sedeh seh..mcmna pun aku tau Ferret seekor kucing yang tabah..just aku sedeh sbb dia duk relax je tanpa boleh bermain seperti biasa..

setiap petang aku siram pokok bunga, aku mmg ajak dia teman kan aku..takut gak bila tgk dia lompat tembok tu tp Alhamdulillah dia naik sekali je. so, dia akan ambik angin sambil tgk org, motor, kete dan kwn2 dia lalu lalang depan umah aku..sebelum tu aku akan bw dia jejalan naik kete agar dia kurang stress. at least, dia dapat bergerak senam kan?

Malamnya plak aku akan bagi ubat, pantau makan dan minum dia seperti biasa..kakak berdoa pada Allah semoga Ferret tabah menghadapi dugaan ini dan sabarlah sayang, Insha'Allah Ferret akan boleh bermain sperti dahulu

Monday, July 1, 2013

Day 1

Semalam, my Ferret looks tired.. then i checked his breath and nampaknya pernafasan dia lain macam sikit.. bila aku perhati betul-betul, hidung dia kembang kuncup dan perut dia turun naik.. aku dah mula rasa tak sedap hati.. so i tried to get his attention but dia tak layan sangat.

aku cuba main dengan dia seperti biasa, tapi mcm takde mood je. itu yang buat hati kuat mengatakan ferret memang TAK SIHAT...
masa tu gak aku pk, esok aku kena bawa gak pi Vet..

Aku pi dgn kak Zai sbb Onchet pun sakit sbb tak leh Yak.. Then, masa aku jumpa dr. Cyndi, aku cerita A to Z ttg Ferret. Dr. Cyndi suggetkan aku utk X-Ray Ferret sbb pernafasan dia mmg tak stable. Ya Allah, masa aku tersangat sedih bila dia kena X-Ray.. si Ferret aku ni mmg seorang yang tough bila jumpa doktor. so aku harap dia mmg takde apa-apa masa tu..

Lepas Ferret diagnosed and injected by dr. Cyndi, rupanya paru-paru dia terbentuk 'leafing'. aku pun tak tau pebenda tu. aku ingatkan psl cara aku bagi multivitamin tu salah ternyata salah sbb puncanya adalah TERJATUH.. Masalahnya, aku tak nampak pun dia jatuh.. tapi tak taulah kalau malam jumaat kelmarin, kami pi putrajaya and leave him alone at home, dia main sorang2 dan terjatuh sbbnya ptg sabtu aku balik dia mood biasa je.. sangat ketara pada ahad tu..

Then, doktor tanya aku balik macamana dgn habit dia? aku jawap Ferret adalah meow yang sangat aktif n independent cat. kadang2 aku tgk bila dia main sorang2, sometimes dia terlanggar kerusi umah tu..mmg sakitler jawabnya.. tapi dia kan konon2 kuat belasah jelah.. tu yang buat salah satu punca 'leafing'. sedih giler aku dengar..SOB SOB SOB jelah time tu..

Dr. Cyndi bagi 2 jenis ubat utk dihabiskan dan kena datang balik jumpa dia by next week..aku harap sangat Ferret sihat dan cergas cergas seperti biasa.. lepas ni mmg kena pantau lah..takleh bagi dia aktif sangat..

Dalam pukul 8 mlm, aku mula bagi pil tu. mmg masak nak bagi dia makan sbb dia dah bijak skrg ni. dah kenal ubatler katanya..terus muntah lah jwpnya.aku punya hangin sbb dah bazir satu pil masuk bwh mesin basuh.takkan nak cari plak. aku terus hancurkan 1 pil n campur dgn bagi dia minum..mmg susah tapi nak taknak kena bagi gak.. Kakak nak bagi Ferret sihat so kakak takank Ferret tak makan ubat tu sayang..