Ya Allah

Antara NASIB & TAKDIR adalah sesuatu yang lebih kurang sama. MEREKA akan berubah hanya dengan DOA kita & dengan KeizinanNya

Friday, July 15, 2011

KEBENCIAN MELAMPAU “Solusi Quotes”

Apabila kebencian kita melampaui garis wasatiyyah, kita akan hidup dalam deraan psikologi yg sgt menyeksakan. Setiap kali mendengar namaorg yg kita benci itu disebut, fikiran kita menjadi keruh. Jika seseorang memujinya, hati kita seolah-olah terbakar.
Hati kita dipenuhi pelbagai sangkaan buruk setiap kali melihat org yg kita benci itu melakukan atau mengucapkan sesuatu. Kita sukar percaya bahawa ia mampu berbuat baik, bahkan mampu berniat baik!

Kita tidak dapat menerima kenyataan bahawa setiap org memiliki kelebihan walau sekecil mana pun, kita lebih tidak boleh menerima jika org lain mengetahui kelebihan itu. Kita akan sibuk membuka aib dan keburukan org itu untuk menutup mata semua org drpd melihat kebaikannya.
Pada tahap yg lebih parah, kita bukan hanya membenci org yg kita benci itu, malah turut membenci setiap org yg ada bersamanya. Kita membenci ibu bapa, teman, murid, guru, bahkan haiwan peliharaannya.

Saban hari, semakin bertambah bilangan org yg kita benci. Dan saban hari juga, semakin berkurangan bilangan orang yg boleh kita percayai. Akhirnya kita hidup di tgh ramai musuh dan sedikit kawan. Dan hati kita selalu dalam keresahan.

Conclusion nya yg dapat aku simpulkan di sini ialah KEBENCIAN YG BERLEBIHAN HANYA AKAN MEROSAKKAN DIRI SENDIRI. Ya, aku sendiri hampir rosak pemikiran kerana terlalu bencikan seseorang yg aku panggil kawan dan dia sendiri menyatakan yang aku adalah kawan di dunia dan akhirat sehingga aku terharu dengan kata-katanya yg pada masa itu aku adalah seorang yg tinggi egonya sebagai seorang perempuan. Tetapi aku tak tahu mana perginya kata-kata itu dalam dirinya kerana semuanya kini hanyalah kenangan yg telah lebur akibat salah faham yg tiada penyelesaian dari pihaknya. Aku cuba memahami keadaannya kerana dia banyak memujuk aku sebelum ini sebab keEGOanku yg tinggi ini. Aku pulak ada cara aku tersendiri utk pujuk dia tapi akhirnya dia sendiri angkat kaki berlalu dari semua ini yang mana aku faham kehendaknya kalau itu yg terbaik buat dirinya tidak berkawan dengan aku lagi.

Macam aku cakap tadi, semuanya dah berlalu. Today is today, tomorrow is tomorrow, yesterday is yesterday and past is past. We only can remember our memories have gone. Walau macamana pun aku cuba tipu diri aku yg aku dah lupa masa itu sebab taknak ingat kisah lama tapi ianya kadang2 terlintas di fikiran. Bila difikirkan semula mungkin ketika itu dan sekarang aku dah mula memaafkan diri aku dan juga diri dia. Wah!baru aku tahu memaafkan seseorang adalah momen yg sgt bahagia sekali. Ya Allah, semoga Kau kekalkan perasaan aku ini sehingga ke akhirnya.

Cuma sekarang ni aku dalam pertimbangan nak memaafkan seseorang kerana penganiayaan yg aku terima dari pihaknya. Aku rasa itu adalah hukuman yg terbaik buat dirinya setakat ini kerana tidak menghargai pertolongan dan mengkhianati aku sebagai seorang kawan. Walaupun aku cakap aku memaafkan tapi Cuma mulut sahaja. Jauh di sudut hati, mahkamah Allah sahajalah tempat pengadilan untuk dia bersoal jawap tentang hukuman dia. Bukanlah bermakna aku membencinya jauh sekali berdendam kerana dia punya keluarga untuk diberi makan. Walaupun aku sukar untuk terima hakikat ini tapi aku anggap itu adalah dugaan yang terbaik dariNya.

Ianya adalah sebuah pengalaman, pengajaran dan pelajaran yang terbaik pernah aku terima daripadaMu. Daripada itu, aku telah mempelajari beberapa perkara yg mengingatkan aku tentang keinsaniah dalam diri ini. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan apa yg aku miliki sekarang walaupun tak sehebat dulu. Kepada ‘SESEORANG’ itu, aku selalu berdoa semoga Allah membuka hati kau agar memikirkan cara untuk menyelesaikan penganiayaan kau terhadap aku. Amin…………..


NOTA KAKI ~~ aku akan PK dulu sebelum nak benci orang ~~

No comments :