Ya Allah

Antara NASIB & TAKDIR adalah sesuatu yang lebih kurang sama. MEREKA akan berubah hanya dengan DOA kita & dengan KeizinanNya

Thursday, July 28, 2011

오늘 메모

today's note for me


"Kalau kita hendak menasihati orang, Tanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

aku dapat ayat tersebut di atas masa baca email dari en. Amri el Wahab punya signature. tiba-tiba je rasa jadikan ingatan buat diri aku.. aku ada sorang rakan sepejabat yang lebih kurang perangainya dalam note kat atas nih.. aku tak tau macamna nak kategori kan dia..tak kisahlah..tak pyh PK nak kategori kan...aku sendiri tak tau aku ni dikategorikan apa oleh org lain kan??

berbalik kepada cerita di atas. bagi aku, bila dia menasihatkan aku tu bagus..tapi dalam masa yg sama kadang2 aku tgk dia tu seperti cakap tak serupa bikin.. sebab apa aku cakap cenggitu? sbbnya dia suka sgt cerita yg baik2 tentang diri nya, hal-hal umum dan yang sewaktu dengan dirinya. seolah-olah dirinya sahaja yang baik belaka. aku bukannya kisah pun cuma kadang2 dia cakap tu nak menunjukkan dirinya sahaja baik. aku terfikir gak,kami ni kerja di persekitaran agama. pegawai2 pulak terdiri dari kalangan org yg beragama takkan dia tak terfikir dia bercakap tu dgn siapa?bila aku ckp,taknak mengalah.nak tunjuk awak tu org baik..oklah kalau dah gitu..dia pulak takkan tak sedar baru tukar kat tempat aku.agak2 r sikit kan?
bila aku tanya seorang pendapat seorang peg.kat opis, mmg diakui yg dia suka tunjuk baik, sanggup terima kerja semua peg..tapi kadang2 tak abis gak kejenya..aku pun byk keje gak tapi takdelah nak tunjuk2 plak..pendek cite kalau boleh,yg buruk2 semua dia nak elak dan tapis.jgn sampai org lain nampak lah!!!
tapi org ckp the TRUTH is OUT THERE kan?ada lg sbbnya..dia FAIL dgn ujian yg aku saja nak uji HATI dia..aku sengaja nak ngelat jd urus setia program setelah sekian lama aku pegang title tu (hehehe) so aku saja taknak masuk opis sbb nak suh dia belajar2 benda tu dengan seikhlas hati..bila aku sms dia,dia BANG aku balik se'KAW-KAW'nya ooo.see.. akhirnya terserlah jua keburukannya yg cuba dia cover selama ni..kalaulah aku busuk hati yg amat,aku kompem bagi sms tu kat ketua aku, tapi taknak buat pun sbb bgku semua itu tak de hal sgt lah..
aku ni plak jenis yg OUTSPOKEN tapi bila org ckp buruk ttg aku,aku ok je. sbbnya aku dah belajar satu benda dalam hidup aku, WHAT U GIVE TO ME, U'LL GET BACK!! Allah will pay u all back for sure. tak kiralah lambat atau cepat, itu terpulang pada Dia..so, bila aku nak busuk ati kat seseorang, terpaksa cancel balik sbb aku takut kena kat batang hidung sendiri dalam bentuk balasan yg lain..

hmmmm...aku pun tak tau apa tujuan dan niat dia yg sebenarnya. hanya Allah sahaja yg tahu zahir dan batin walaupun kita menafikan tapi batin plak hanya Dia jek yg tahu.akhirnya aku buat kesimpulan sendiri yg manusia ni mmg sgt berbeza 'peel'nya. kita boleh kategorikan manusia dalam beberapa golongan tapi hati mereka tetap kita tak dapat nak ketahui..jadi kalau nak PK tujuan dan niat sesorang tu kompem tak jalan kerja kita dan bagi aku sgt membuang masa aku yg mahal ni (hihihii).so, kalau dia rasa dia bahagia buat cenggitu,biar jelah kan..aku cuma harap hati aku dikekalkan sebegini dan menjalani hidup yg ceria dan sihat...hahahahaha..

NOTA KAKI
"sekarang ni, aku lebih beringat-ingat sebelum membuat sesuatu hal tu walaupun kadang2 aku langgar jugak akibat amarah yg tidak tertahan (tak kuat pun sebenarnya)

No comments :