Ya Allah

Antara NASIB & TAKDIR adalah sesuatu yang lebih kurang sama. MEREKA akan berubah hanya dengan DOA kita & dengan KeizinanNya

Tuesday, January 6, 2009

TAZKIRAH

Tiga Jenis Nafsu



Nafsu #1Nafsu Amarah:

Nafsu yg tunduk dan patuh menurut kehendak nafsu syahwat dan syaitan.Nafsu amarah tidak dapat dikawal dgn sempurna oleh hati. Sekiranya hati tidak dapat meminta bantuan ilmu, hikmah kebijaksanaan dan akal, hati akan binasa. Justeru itu, seseorang itu mudah terjerumus ke arah perbuatan yang melanggar syariat, tidak beradab, tidak berperi kemanusiaan, bertindak mengikut sesuka hati, zalim serta pelbagai keburukan dan bencana kpd diri serta persekitaran. Susah nak tegur orang yang yang sebegini kerana tidak peka dengan kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Keras kepala! Nafsu ammarah menduduki tahap paling rendah dalam kehidupan manusia, malah sebenarnya lebih rendah daripada binatang. Ini kerana binatang tidak mempunyai akal, sedangkan manusia mempunyai akal. Minta Allah jauhkan kita dari nafsu amarah….


Nafsu #2 Nafsu Lawwamah:

Nafsu tercela kerana kelailaian tuannya melaksanakan peraturan-peraturan Allah.Orang sebegini memliki jiwa menyesali perbuatan salah lakunya dan berinisiatif untuk kembali ke landasan yang benar. Contohnya semalam bila berdating, anda melakukan perkara yang tak elok di sisi agama dengan pasangan anda. Hari ini anda sedar anda silap kerana terlalu mengikut nafsu, lalu anda insaf dan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi. Orang yang banyak dikuasai nafsu lawwamah juga mudah membaiki diri dan mudah terima teguran org lain. Ia juga tidak mudah hanyut dlm kesesatan yang membinasakan diri baik dalam kehidupan dunia mahupun akhirat. Selain dari itu, nafsu lawwamah juga sering memikirkan baik buruk, halal haram, betul salah, berdosa ataupun tidak dalam segala tindakan. Jelas nafsu Lawwamah ini lebih baik dari nafsu amarah….

Nafsu #3 Nafsu Mutmainnah:

iaitu jiwa yang tenang.Orang yang memiliki nafsu mutmainnah dapat mengawal nafsu syahwat dengan baik dan sentiasa cenderung melakukan kebaikan. Juga mereka mudah bersyukur dan qanaah di mana segala kesenangan hidup tidak membuat dia lupa diri, menerima anugerah Ilahi seadanya dan kesusahan yang dialami pula tidak menjadikan dirinya gelisah. Ini disebabkan hatinya ada ikatan yang kuat kepada Allah. Mereka juga mudah reda dengan ketetapan dan ujian Allah. Imam Al-Ghazali meletakkan nafsu ini di tahap yang tertinggi dalam kehidupan manusia. Moga Allah golongkan kita dalam nafsu yang hebat ini.


Ayam Atau Merpati?

Suatu hari, seorang petani menjumpai sebiji telur burung merpati dan dieramkan bersama-sama dengan telur ayamnya. Selang beberapa lama, telur burung merpati dan beberapa telor ayam pun menetas.Suatu ketika, anak ayam berkata kepada anak burung merpati itu bila melihat burung merpati dewasa terbang tinggi di angkasa. Anak ayam itu berkata kepada anak burung merpati: "Hebatnya burung-burung merpati itu terbang tinggi...".Kata-kata itu disambut oleh anak burung merpati: "Memang mereka mampu terbang tinggi dan terbang jauh kerana merekakan burung merpati...kita ni kan hanya anak ayam...mana boleh terbang macam tu".Begitu jugalah cara berfikir sesetengah orang pada hari ini...mereka terlalu mudah mengikut persekitaran sehinggakan tidak sedar kekuatan apa yang ada pada kita.

Berwaspada dengan Harta.

Dalam kehidupan yang semakin mementingkan harta dan kebendaan pada hari ini, kekadang ada yang terlupa akan perintah Allah untuk digunakan di jalan yang sepatutnya. Mereka juga tidak mengira bagaimana sesuatu harta itu diperolehi dan dibelanjakan. Memberi dan menerima rasuah menjadi amalan harian. Penyelewengan kuasa juga berlaku disebabkan ketamakan diri. Harta yang sepatutnya diperolehi secara halal perlu digunakan secara betul juga, bukannya untuk membeli sesuatu yang haram seperti pil khayal, arak, dan sebagainya. Membayar zakat, bersedeqah dan seumpamanya merupakan jalan yang dituntut oleh Islam. Janganlah sesekali umat Islam hancur disebabkan kealpaan terhadap penggunaan harta secara positif. HR Bukhari: Rasulullah SAW bersabda: Bukan kemiskinan yang ku bimbang menimpa kamu tetapi yang aku bimbang ialah dibentangkan di hadapan kamu kemewahan dunia sebagaimana telah dibentangkan kepada umat sebelum kamu, lalu kamu berlumba-lumba mengejarnya sebagaimana umat dahulu kala juga berlumba-lumba mengejarnya, lalu ia membinasakan kamu seperti mana umat dahulu kala juga telah dihancurkan oleh sifat sedemikian.

Tips Untuk Umur Panjang.

Nak tahu tips untuk panjang umur? Mungkin ada yang kata nak panjang umur jaga pemakanan dan kesihatan, banyakkan senaman dan sebagainya. InsyaAllah itu semua boleh membantu. Tapi yang saya nak beritau ni agak lain sedikit. Daripada Ibn Abbas r.a. Rasulullah SAW: Tertera dalam kitab Taurat: Siapa yang suka usianya panjang dan rezekinya bertambah, maka hendaklah menyambung silaturahim. Dalam hadis yang lain pula kealpaan mengambil berat terhadap silaturahim adalah seperti berikut: HR Asbahani: Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya rahmat Allah swt tidak turun ke atas sesuatu kaum yang ada padanya orang yang memutuskan silaturahim. Oleh itu, janganlah kita semua suka memutuskan silaturahim dan sentiasalah merapatkan hubungan anda dengan saudara mara, kawan-kawan, rakan sekerja dan sebagainya... Jangan lupa, ia dibuat biarlah berlandaskan keikhlasan....

Orang yang berhenti tidak akan menang dan orang yang menang tidak akan henti.

Jika kita mudah mengalah yakni berhenti berusaha, maka sukar untuk kita mencapai kejayaan yang biasanya dikelilingi dengan pelbagai cabaran yang perlu ditempuh. Orang yang berjaya pula akan sentiasa ingin memperbaiki tahap pencapaian yang lebih baik pula. Mereka akan berusaha untuk mencipta kejayaan yang lebih besar dalam hidup mereka. Oleh itu, jadilah orang yang suka bergerak, bukannya orang yang suka berhenti.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Monday, December 29, 2008

2008 MELABUHKAN TIRAINYA

Macam-macam hal yang berlaku dalam 2008.. Sekadar melahirkan pendapat apa yg terlintas dalam fikiran mindaku... Dari dunia politik,industri hiburan hinggalah my sosial life...semua bercampur aduk..
POLITIK - Malaysia ku mengalami perubahan yang amat ketara dalam election yang lalu (08/03/08). Since my write is not privacy,so i won't comment anything.. Cuma i just weird macamana 3 parti boleh bergabung untuk memerintah??bukanke fahaman atau what they called it erk?lupalah (manisfestos kot) fahaman yang berlainan....
INDUSTRI HIBURAN - Sorry..takde komen sangat sebab i'm about less tahu sangat pasal industri hiburan nih..cuma tahu Norman Hakim dan Abby had divorced...lagi, Rita Rudani kahwin senyap2 kat Thailand.... Lagi apa yerk??hmm...tak taulah...
WORLD - Perubahan politik juga berlaku di Thailand..siap guling2kan pemimpin lagi..takut deh..ganas betul mereka nih..sampai berbunuh2.. Obama plak dah jadi presiden Amerika..PEACE IN WORLD kkk....
MALAYSIA KU - Tragedi di Hulu Kelang berulang kembali... Takziah pada mereka yang kehilangan keluarga tu..tapi yang tak best tu bila ada dengar2 mereka tak puas hati dengan layanan diberikan.. They should be thankful tau.. even if layanan tu tak best,at least ada gak tempat untuk mereka berpayung..takkan lah tak ingat Tsunami yg pernah berlaku dulu..rasanya mereka yang menerima bantuan tiada rungutan kot..hmm..tak ingatlah plak..dah lama berlaku (26/12/04).. Point kat sini kita seharusnya BERSYUKUR dengan apa yang ada dalam KEHIDUPAN kita.
ME - Baru jer abis final exam 17/12 yang lepas.. Hope Financial Account lulus..takmoh gagal.....
Mengharapkan juga 2009 menjadi tahun yang akan mereleasekan kepala daripada tension yang membelenggu hidup ini...

Wednesday, November 19, 2008

My World

Life iS BeautiTiFuL..more than dat i think...life is wonderful,colourful and has meaningful jika kita tahu maknanya yang sebenarnya..dalam usia aku sekarang ni memang patut aku fikirkan wat the next's life happen to me...nop,correction...sekaranglah kena pk.no more next..hari ni ialah hari ni..esok adalah esok..kita tak tau apa yg berlaku pada esok dan seterusnya kan?yeah..thats a called life..
sebenarnya dalam hidup ni memang banyak yang kita akan kesalkan..tapi tulah macam aku bagitau tadi,today is today..yesterday is yesterday..tomorrow is tomorrow..so takde guna untuk difikirkan lagi....
ya,planning tu sangat-sangat perlu dalam hidup seseorang..
anyway,LIFE GOES ON..