Ya Allah

Antara NASIB & TAKDIR adalah sesuatu yang lebih kurang sama. MEREKA akan berubah hanya dengan DOA kita & dengan KeizinanNya
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

Monday, August 8, 2011

Allah Mendengar Isi Hatimu

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Alhamdulilah gaji ku masuk jua akhirnya. Inilah kali pertama aku bekerja selepas menamatkan pengajian. Aku sudah niat gaji yang pertama ku ini akan akan aku sedekahkan untuk rumah anak-anak yatim.

Selama berbulan, aku masih belum mempunyai kesempatan untuk pergi ke rumah anak yatim yang memang hati ini mendambakan untuk berbakti di sana.

Aku berdoa kepada Allah supaya aku dapat pergi ke rumah mereka. Bagi ku anak yatim juga adalah tanggungjawab kita. Aku ingin menyayangi mereka seperti keluarga ku sendiri. Hati ini terpanggil untuk pergi ke sana. Di kampus dulu, dapat aku melihat keletah mereka semasa program anak yatim. Sekarang sejak bekerja, aku masih belum dapat menyusun jadual bertemu mereka. Aku berdoa moga Allah mempertemukan aku dengan mereka. Aku ingin menyayangi mereka. Malah, Bukhari meriwayatkan:

Daripada Sahl bin Sa'ad R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Maksudnya: "Aku dan orang yang menyantuni anak yatim kelak di Syurga seperti ini," lalu memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah dengan sedikit merenggangkannya. [Riwayat al-Bukhari no 5304]

Pada petang Jumaat, pintu rumah ku di ketuk. Ada seorang budak lelaki berbaju melayu putih umur dalam lingkungan 10 tahun datang. Ibu ku pantas keluar. Aku hanya memandang dari dalam, hatiku dapat merasakan seolah-olah anak itu datang untuk mengutip derma. Ya Allah... Aku bersyukur kepadamu. Aku terus mencapai wang kertas yang ku simpan erat di genggaman tangan ku.

Ibu terus muncul di depan pintu, "Kasihan anak yatim tadi jauh datang dari selatan tanah air katanya rumah anak yatim mereka baru dibuka, mereka memerlukan kelengkapan untuk keperluan asas," kata ibuku. Aku lantas memberikan ibuku wang kertas tersebut.

Ibuku lantas memberikan kepada anak yatim tersebut. Anak yatim tersebut memberikan pula sekeping CD himpunan surah-surah lazim dari bacaan Ustaz Kazim Elias. Aku bersyukur Ya Allah... Alhamdulilah kerana mendengar isi hatiku ini. Hajat ku tercapai jua akhirnya. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Hati ini berdetik aku tinggal di barat tanah air sedangkan anak yatim tadi dari selatan tanah air. Ya Allah. Maha Besar.

Mengenang kembali setiap perkara yang berlaku. Setiap apa yang kita lahirkan dan sembunyikan dalam hati ini. Tiada apa pun yang tersembunyi oleh Allah. Allah Maha Melihat dan Maha Mendengar setiap yang terbuku di hati ini. Oleh itu, kita haruslah sentiasa berdoa memohon kepada Allah. Beritahulah segala isi hati kita kepada Yang Maha Mencipta. Moga kita sentiasa di dalam rahmat kasih sayang-Nya.

"Segala yang ada di langit dan bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu sembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah Al-Baqarah: 284)

-Artikel iluvislam.com

NOTA KAKI
~ RENUNGAN BUAT DIRI KU DAN BERSAMA ~

Kenapa Subuh Petanda Kekuatan?

Waktu subuh adalah waktu perdana kepada kehidupan buat seseorang insan. Inilah waktunya apabila bermulanya kehidupan setelah insan mati buat sementara. Tidak menghairankan bahawa waktu subuh adalah salah satu daripada lima waktu solat yang wajib disempurnakan.

Waktu subuh hari adalah ujian kepada segala kekuatan. Kekuatan untuk bangun di awal pagi melepaskan diri daripada dakapan erat syaitan yang membisikkan, kekuatan untuk terus bingkas keluar dari litupan selimut hangat dan bantal empuk, malahan kekuatan untuk mengenakan air yang dingin ke muka, tangan, dahi dan ke kaki sebelum lantas bergerak ke tempat istimewa dan bermunajat bersama-sama insan pilihan Tuhan. Ini adalah kekuatan yang luar biasa yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja selagi dia mempunyai keinginan jiwa yang tinggi.

Perkara yang sama ini juga telah dijadikan indikator dan penanda aras kepada kekuatan generasi pejuang ketika berlakunya peperangan-peperangan besar di zaman yang terdahulu. Kekuatan kebangkitan dan kekuatan barisan ketenteraan bukanlah kepada fizikal dan persiapan kelengkapan semata-mata, malahan persiapan yang lebih penting ialah persiapan kekuatan generasi pejuang di dalam menagih simpati untuk menang daripada Ilahi.

Tidak hairanlah bahawa inilah penanda kekuatan yang telah digunakan oleh Solahuddin al Ayyubi dahulunya sebelum menang ketika mendepani kekuatan tentera Salib yang merupakan kesatuan gabungan ketenteraan daripada 22 buah negara-negara Eropah.

Tidak hairanlah juga bahawa soalan-soalan yang ditujukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh mengikut urutan menggambarkan peringkat kekuatan seseorang. Lima waktu solat fardhu kemudian solat rawatib dan kemudiannya solat tahajjud. Di waktu penghujung malam sehingga subuh itu dijadikan indikator terakhir kepada kekuatan para pejuangnya. Tidak dapat dibayangkan di manakah kedudukan kita jika berada di dalam barisan tentera baginda al-Fateh. Mungkin juga kita dan barisan pemuda kebangkitan kini bakal berada di barisan tercorot sekali.

Di atas alasan yang sama inilah juga menyebabkan agen-agen KGV di Chechnya dan agen-agen Gaddafi di Libya akan menangkap pemuda-pemuda yang bersolat subuh secara berjamaah dengan keyakinan bahawa mereka adalah pemuda kebangkitan yang bakal menggegarkan kerajaan Russia dan Libya.

Setelah kau berkeringat menyiapkan semua kelengkapan. Setelah kau canangkan semangat ke seluruh negara. Setelah kau iklankan kepada dunia seluruhnya. Namun, jangan lupa untuk menagih simpati dan pertolongan daripada Pemberi Kemenangan yang hakiki.

Wahai teman seperjuangan ! Sekiranya kita ingin memiliki kemenangan, jangan alpa dengan kekuatan yang ada pada waktu subuh, walhal terang dan nyata bahawa ianya merupakan petunjuk agung ciptaan Ilahi. Untukmu teman pejuang, inilah permulaan kepada semua kekuatan yang sebenar.

Ingatlah sumpahan Pemilik kepada segala kerajaan agar kita bisa meraih kemenangan.

- Artikel iluvislam.com

NOTA KAKI
~ BUAT RENUNGAN BERSAMA ~

Thursday, June 9, 2011

SYUKUR . . .

Masih bernafas lagi aku di dunia ni.. malas tul nk pi kerja arini. abis pecah lemak badan..huhu..lama tak bersenam..asyik balik umah pi keje je aku tau.kalau setakat yoga nak pecah lemak apa..hahaha..sendiri gelak lah..since abis kursus semalam, my feeling more better than before.. bukanlah bermakna aku tak pernah perasaan ni cuma lebih ok..

Ada hikmahnya aku tak tau apa jenis kursus yg kena pergi aritu. Memang sesuai sangat untuk aku bagi perbaiki diri aku sebagai hambaMu.. seperti kata fasi-fasi di sana BERSYUKURLAH KITA KERANA DIPILIH UNTUK BERADA DI SINI walaupun ada gak yg terpaksa. tapi aku tgk semuanya macam rela jek..tak tau plak hati mereka kan.
Banyak ilmu yg dpt utk aku pelari hasil dari kursus ni.
1) Hidup ini betul-betul hanya tempat persinggahan kita hanya Akhirat sahaja yg KEKAL. hanya org yg dibeli jiwanya oleh Allah sahaja merasai nikmat itu.. Semoga aku berada dalam golongan itu. Insya'llah..
2) Aku mula terfikir tentang pengakhiran hidup ini...semoga hidup aku dipermudahkan olehNya..Amin

Overall kursus kali ni betul-betul memberi kesan terhadap aku sebab inputnya sangat menepati. wah, badan aku betul-betul sakit.. 와..와..진자!!! 하지만, 나 좋아 ㅋㅋㅋ

Tuesday, January 6, 2009

TAZKIRAH

Tiga Jenis Nafsu



Nafsu #1Nafsu Amarah:

Nafsu yg tunduk dan patuh menurut kehendak nafsu syahwat dan syaitan.Nafsu amarah tidak dapat dikawal dgn sempurna oleh hati. Sekiranya hati tidak dapat meminta bantuan ilmu, hikmah kebijaksanaan dan akal, hati akan binasa. Justeru itu, seseorang itu mudah terjerumus ke arah perbuatan yang melanggar syariat, tidak beradab, tidak berperi kemanusiaan, bertindak mengikut sesuka hati, zalim serta pelbagai keburukan dan bencana kpd diri serta persekitaran. Susah nak tegur orang yang yang sebegini kerana tidak peka dengan kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Keras kepala! Nafsu ammarah menduduki tahap paling rendah dalam kehidupan manusia, malah sebenarnya lebih rendah daripada binatang. Ini kerana binatang tidak mempunyai akal, sedangkan manusia mempunyai akal. Minta Allah jauhkan kita dari nafsu amarah….


Nafsu #2 Nafsu Lawwamah:

Nafsu tercela kerana kelailaian tuannya melaksanakan peraturan-peraturan Allah.Orang sebegini memliki jiwa menyesali perbuatan salah lakunya dan berinisiatif untuk kembali ke landasan yang benar. Contohnya semalam bila berdating, anda melakukan perkara yang tak elok di sisi agama dengan pasangan anda. Hari ini anda sedar anda silap kerana terlalu mengikut nafsu, lalu anda insaf dan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi. Orang yang banyak dikuasai nafsu lawwamah juga mudah membaiki diri dan mudah terima teguran org lain. Ia juga tidak mudah hanyut dlm kesesatan yang membinasakan diri baik dalam kehidupan dunia mahupun akhirat. Selain dari itu, nafsu lawwamah juga sering memikirkan baik buruk, halal haram, betul salah, berdosa ataupun tidak dalam segala tindakan. Jelas nafsu Lawwamah ini lebih baik dari nafsu amarah….

Nafsu #3 Nafsu Mutmainnah:

iaitu jiwa yang tenang.Orang yang memiliki nafsu mutmainnah dapat mengawal nafsu syahwat dengan baik dan sentiasa cenderung melakukan kebaikan. Juga mereka mudah bersyukur dan qanaah di mana segala kesenangan hidup tidak membuat dia lupa diri, menerima anugerah Ilahi seadanya dan kesusahan yang dialami pula tidak menjadikan dirinya gelisah. Ini disebabkan hatinya ada ikatan yang kuat kepada Allah. Mereka juga mudah reda dengan ketetapan dan ujian Allah. Imam Al-Ghazali meletakkan nafsu ini di tahap yang tertinggi dalam kehidupan manusia. Moga Allah golongkan kita dalam nafsu yang hebat ini.


Ayam Atau Merpati?

Suatu hari, seorang petani menjumpai sebiji telur burung merpati dan dieramkan bersama-sama dengan telur ayamnya. Selang beberapa lama, telur burung merpati dan beberapa telor ayam pun menetas.Suatu ketika, anak ayam berkata kepada anak burung merpati itu bila melihat burung merpati dewasa terbang tinggi di angkasa. Anak ayam itu berkata kepada anak burung merpati: "Hebatnya burung-burung merpati itu terbang tinggi...".Kata-kata itu disambut oleh anak burung merpati: "Memang mereka mampu terbang tinggi dan terbang jauh kerana merekakan burung merpati...kita ni kan hanya anak ayam...mana boleh terbang macam tu".Begitu jugalah cara berfikir sesetengah orang pada hari ini...mereka terlalu mudah mengikut persekitaran sehinggakan tidak sedar kekuatan apa yang ada pada kita.

Berwaspada dengan Harta.

Dalam kehidupan yang semakin mementingkan harta dan kebendaan pada hari ini, kekadang ada yang terlupa akan perintah Allah untuk digunakan di jalan yang sepatutnya. Mereka juga tidak mengira bagaimana sesuatu harta itu diperolehi dan dibelanjakan. Memberi dan menerima rasuah menjadi amalan harian. Penyelewengan kuasa juga berlaku disebabkan ketamakan diri. Harta yang sepatutnya diperolehi secara halal perlu digunakan secara betul juga, bukannya untuk membeli sesuatu yang haram seperti pil khayal, arak, dan sebagainya. Membayar zakat, bersedeqah dan seumpamanya merupakan jalan yang dituntut oleh Islam. Janganlah sesekali umat Islam hancur disebabkan kealpaan terhadap penggunaan harta secara positif. HR Bukhari: Rasulullah SAW bersabda: Bukan kemiskinan yang ku bimbang menimpa kamu tetapi yang aku bimbang ialah dibentangkan di hadapan kamu kemewahan dunia sebagaimana telah dibentangkan kepada umat sebelum kamu, lalu kamu berlumba-lumba mengejarnya sebagaimana umat dahulu kala juga berlumba-lumba mengejarnya, lalu ia membinasakan kamu seperti mana umat dahulu kala juga telah dihancurkan oleh sifat sedemikian.

Tips Untuk Umur Panjang.

Nak tahu tips untuk panjang umur? Mungkin ada yang kata nak panjang umur jaga pemakanan dan kesihatan, banyakkan senaman dan sebagainya. InsyaAllah itu semua boleh membantu. Tapi yang saya nak beritau ni agak lain sedikit. Daripada Ibn Abbas r.a. Rasulullah SAW: Tertera dalam kitab Taurat: Siapa yang suka usianya panjang dan rezekinya bertambah, maka hendaklah menyambung silaturahim. Dalam hadis yang lain pula kealpaan mengambil berat terhadap silaturahim adalah seperti berikut: HR Asbahani: Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya rahmat Allah swt tidak turun ke atas sesuatu kaum yang ada padanya orang yang memutuskan silaturahim. Oleh itu, janganlah kita semua suka memutuskan silaturahim dan sentiasalah merapatkan hubungan anda dengan saudara mara, kawan-kawan, rakan sekerja dan sebagainya... Jangan lupa, ia dibuat biarlah berlandaskan keikhlasan....

Orang yang berhenti tidak akan menang dan orang yang menang tidak akan henti.

Jika kita mudah mengalah yakni berhenti berusaha, maka sukar untuk kita mencapai kejayaan yang biasanya dikelilingi dengan pelbagai cabaran yang perlu ditempuh. Orang yang berjaya pula akan sentiasa ingin memperbaiki tahap pencapaian yang lebih baik pula. Mereka akan berusaha untuk mencipta kejayaan yang lebih besar dalam hidup mereka. Oleh itu, jadilah orang yang suka bergerak, bukannya orang yang suka berhenti.

Renung-renungkan dan selamat beramal.