Ya Allah

Antara NASIB & TAKDIR adalah sesuatu yang lebih kurang sama. MEREKA akan berubah hanya dengan DOA kita & dengan KeizinanNya
Showing posts with label Me. Show all posts
Showing posts with label Me. Show all posts

Thursday, December 18, 2014

The End of 2014 . . .

Syukur Alhamdulillah.. Allah masih berikan aku kesempatan untuk terus bernafas di bumi ini.. Lama gilerr tak ringankan tangan untuk menaip keyboard ni.. Dalam couple weeks je nak masuk 2015. Time flies soon.

Dalam tahun ni ada banyak perkara gembira berselang seli dengan perkara tak gembira gak..tahun ni juga mengajar aku erti 'connection through human'. Blog ni aku jadikan platform as journal of my life tapi bila pk balik, why should I tell to everyone? Motif?? Sharing is caring? yes, if there's any information yang bermanfaat.. ada beberapa blog yang aku tengok memang bermanfaat tapi dalam masa yang sama meluahkan rasa yang agak over dan menyakitkan hati secara tak langsung. Takpelah, of course itu antara dia dengan Allah.

Bulan April lalu aku ke Busan together with FB's friend . Aku nk join dia sbb aku rasa dia agak experience sbb pnh pi korea sebelum ni dua kali. Disebabkan itu juga aku ajak kawan aku yang pnh ke Beijing bersama-sama. At first dia ckp taknak then aku pujuk2 ckp they all (FB) ni pnh pi korea so, inshaAllah xde masalah... barulah dia nak pi..

Nak jadikan cerita masa ptg sblm nak bertolak ke LCCT, her beloved cat plak ilang..dah bersosak sosek rasa mcm xnk pi plak..weiii, lagi beberapa jam lg tuh..of course lah I worried to death time tu oii.. kalo dia ckp seminggu sblm xnk pi, at least aku blh prepare duit.. duit aku dahlah ngam2 bajet kat sana.. sadis seh time tu.. nasib baik mlm tu dia ckp suh miss call dia masa aku nk bangun pagi pkl 2am.. takmoh cite byk2 dah.. yg lps, biar berlalu.. xmoh ingat dah.. kang dh mcm mengungkit plak..
Ikutkan hati aku yang parah ni, aku pun nak luahkan giler2 perasaan aku mcm ko tulis dalam 'cool belog' ko tu tp for me it's waste my time je.. Aku masih boleh ukur baju aku sendiri.. xpe beb.. aku xkisah... Nobody perfect!

Ni cite kat LCCT plak.. Lps check in, lepak jap sementara nk tunggu subuh.. Dalam tetiba tgh tunggu, blh plak mmber aku tu knl kakak tu..aku sendiri pun xcam.. al-maklumlah, beliau tu agak femes blogger (yeke FEMES? Ahaks!) Bagi aku blog ko lah yg paling kuang kuang kuang dot dot dot dot pnh aku bacaa. hahaha..suka ati aku je kutuk ko ek? lps subuh n breakfast kt marry brown lepak jap kat entrance airport tu. Masa tgh dok rehat tu, tetiba je kakak tu ckp 'hati akk xsedap ni?,xtau knp..mcm ada xkena je'. sengal x sengal pompuan ni? dahlah baru kenal face to face.. blh plak 1st impression ko camtu? aku rasa ko sengaja nk wat speculation sendiri supaya nanti ada reason nk tulis kat COLL BELOG bila holiday ko xjd seperti yg ko plan kan? So bolehlah tulis pelbagai genre drama yg ko nk klasifikasi dlm belog tu? motip? nk suh org puji ko sbb ko baik n aku ni buruk kt mata ko? nk suh org urut dada sbb skrip yg ko taip tu? xblh bla instinct ko tu. aku rasa sbb2 tu berlaku psl ko pun xsedar diri ko tu sapa kot..siap bangga dlm belog ko eh sbb org dok puji ko..hanya org yg dah pnh pi dgn ko je tau baik dan buruk ko kat sana..malas nk komen..biarlah org baru kenal ko
plak..hahaha..baru dia tau sapa ko.. (heheehhe = evil)

Hmmm... Since that, of course lah aku pun dah pk bkn2.. Hati aku pun xsedap bila ko ckp cenggitu.. ko ingt ko sorang je ada instinct.. Bila dah mcmtu, benda2 kecik berlaku kat sana pun ko xblh terima sbb otak ko dah set 'mcm ada sumthing wrong akan berlaku' hawau beb! Mmg byk benda berlaku pd aku kat sana.. xde feel lgsung bercuti.. Aku dan mmber aku tu pun dah xbaik skrg ni disbbkan sumthing wrong ko tuh.. atau sbb dia pun emosi psl meow dia hilang? yg mana akhirnya aku pun terjebak dgn emosi.

Kesimpulan kat sini..aku rasa, bercuti kali ni adalah suatu PEMBAZIRAN walaupun impian aku nk ke korea jadi kenyataan pada masa tu.. Tapi disebabkan hal2 yg aku rasakn remeh berlaku yang mana mkin pd u all perkara besar, ianya jadi TAK BEST! Sbb apa aku ckp TAK BEST dan PEMBAZIRAN?
TAK BEST - 1) Rupanya bila pk balik, aku yang dipergunakan oleh mereka..Y? sbb baru aku prsn masa kat Gimpo Airport, blh je naik subway tapi naik Cab siot..alasan psl kita xcukup time and kita 4 org blh share fares..walahweh beb..ko gaji besau blhlah..dahlah aku ni bajet cipot..
PEMBAZIRAN - 2) Dari Mesia lg aku dah bajet cukup sbnrnya..disebabkan aku ni minah blur dan xblh pk dgn jelas bila stressed, so aku xblh pk knp bajet aku lari ek? rupanya lari kat tambang taxi.. at 1st, masa kat Busan mmg aku xnk belanja sgt tapi aku pelik kalau aku belanja pun still cukup..masa tu mmg xtpk psl taxi fare dr Gimpo tu..byk nko 24k / 4.. 6k hokeh!!!! Beli FM dpt 2 bijik! Lps tu masa nak ambik tour bus aku nk tukau duit, blh plak ko marah aku psl ckp dulu dr Mesia duit dh cukup..mmglah cukup tapi ko xsedau yg ko dah wat aku bangkrap hampir 10k..reti x? Dahlah slh naik train..duit terbang lagi..aku hangin time tu tau x? tp aku sabar gak sbb nk suh ko sdr yg ko tu dh wat silap..tapi aku yg silap sbb nak fhm ko..HUH!

Apa pun thanks lah pada korang yg teman aku tuh.. ingt nk berkenal-kenalan tambah ukhwah tapi mana sangka jd cengginih? kawan jadi lawan, yg xkawan terus jd xkawan... Nak nyesal pun xguna sbb salah sendiri.. kawan2 yg rapat dgn aku pun dah ckp sblm ni, 'berani ko eh pi sana dgn org yg ko xknl? kot2 dia jual ko kt sana ke apa?' aku ni dgn positifnya jwb, xdelah.. kakak fb tu dh pnh pi sana, at least dia tau gak kan? then, akhirnya....nama aku dijual di cool belognya...xpelah, aku redha.. Masing2 ada silap.. lps balik pun xsempat nk mintak maaf..So, dlm jurnal ni walaupun aku tahu korang takkan baca aku nk bgtau yang aku dah maafkan korang bertiga..tak kira lah salah siapa pun..
Seriously byk DRAMA EPIK berlaku kat sana..nyesal tul pergi dgn ORG SEJARAH ni..

Moralnya kat sini, kalau tak tahu jgn malu tanya org..jgn disebabkan kita tahu sesuatu perkara tu, kita tahu semuanya..mentang2 ko dah pi korea sblm ni, konon2 ko tahu lah selok belok semuanya ye?...dahlah malas nk cite..ada yg tambah dosa kering kang..
Pelajaran yang amat bermakna pada aku kali ni, kenali lah kawan anda itu sebaik2nya..don't hipokrit.. kalau tak puas hati atau taknak, straight to the point..kalau takut dia terasa or sakit hati, minta maaf dulu sebelum bercakap.. sbb akhirnya akan menjadi duri dlm daging..dalam lembut jadi sakit oooo..

Monday, August 8, 2011

Anda Semakin Matang Bila...

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

- Artikel iluvislam.com

NOTA KAKI
~ hmm..terdapt beberapa kematangan dalam diriku kini.. Alhamdulillah ~

Thursday, July 28, 2011

오늘 메모

today's note for me


"Kalau kita hendak menasihati orang, Tanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

aku dapat ayat tersebut di atas masa baca email dari en. Amri el Wahab punya signature. tiba-tiba je rasa jadikan ingatan buat diri aku.. aku ada sorang rakan sepejabat yang lebih kurang perangainya dalam note kat atas nih.. aku tak tau macamna nak kategori kan dia..tak kisahlah..tak pyh PK nak kategori kan...aku sendiri tak tau aku ni dikategorikan apa oleh org lain kan??

berbalik kepada cerita di atas. bagi aku, bila dia menasihatkan aku tu bagus..tapi dalam masa yg sama kadang2 aku tgk dia tu seperti cakap tak serupa bikin.. sebab apa aku cakap cenggitu? sbbnya dia suka sgt cerita yg baik2 tentang diri nya, hal-hal umum dan yang sewaktu dengan dirinya. seolah-olah dirinya sahaja yang baik belaka. aku bukannya kisah pun cuma kadang2 dia cakap tu nak menunjukkan dirinya sahaja baik. aku terfikir gak,kami ni kerja di persekitaran agama. pegawai2 pulak terdiri dari kalangan org yg beragama takkan dia tak terfikir dia bercakap tu dgn siapa?bila aku ckp,taknak mengalah.nak tunjuk awak tu org baik..oklah kalau dah gitu..dia pulak takkan tak sedar baru tukar kat tempat aku.agak2 r sikit kan?
bila aku tanya seorang pendapat seorang peg.kat opis, mmg diakui yg dia suka tunjuk baik, sanggup terima kerja semua peg..tapi kadang2 tak abis gak kejenya..aku pun byk keje gak tapi takdelah nak tunjuk2 plak..pendek cite kalau boleh,yg buruk2 semua dia nak elak dan tapis.jgn sampai org lain nampak lah!!!
tapi org ckp the TRUTH is OUT THERE kan?ada lg sbbnya..dia FAIL dgn ujian yg aku saja nak uji HATI dia..aku sengaja nak ngelat jd urus setia program setelah sekian lama aku pegang title tu (hehehe) so aku saja taknak masuk opis sbb nak suh dia belajar2 benda tu dengan seikhlas hati..bila aku sms dia,dia BANG aku balik se'KAW-KAW'nya ooo.see.. akhirnya terserlah jua keburukannya yg cuba dia cover selama ni..kalaulah aku busuk hati yg amat,aku kompem bagi sms tu kat ketua aku, tapi taknak buat pun sbb bgku semua itu tak de hal sgt lah..
aku ni plak jenis yg OUTSPOKEN tapi bila org ckp buruk ttg aku,aku ok je. sbbnya aku dah belajar satu benda dalam hidup aku, WHAT U GIVE TO ME, U'LL GET BACK!! Allah will pay u all back for sure. tak kiralah lambat atau cepat, itu terpulang pada Dia..so, bila aku nak busuk ati kat seseorang, terpaksa cancel balik sbb aku takut kena kat batang hidung sendiri dalam bentuk balasan yg lain..

hmmmm...aku pun tak tau apa tujuan dan niat dia yg sebenarnya. hanya Allah sahaja yg tahu zahir dan batin walaupun kita menafikan tapi batin plak hanya Dia jek yg tahu.akhirnya aku buat kesimpulan sendiri yg manusia ni mmg sgt berbeza 'peel'nya. kita boleh kategorikan manusia dalam beberapa golongan tapi hati mereka tetap kita tak dapat nak ketahui..jadi kalau nak PK tujuan dan niat sesorang tu kompem tak jalan kerja kita dan bagi aku sgt membuang masa aku yg mahal ni (hihihii).so, kalau dia rasa dia bahagia buat cenggitu,biar jelah kan..aku cuma harap hati aku dikekalkan sebegini dan menjalani hidup yg ceria dan sihat...hahahahaha..

NOTA KAKI
"sekarang ni, aku lebih beringat-ingat sebelum membuat sesuatu hal tu walaupun kadang2 aku langgar jugak akibat amarah yg tidak tertahan (tak kuat pun sebenarnya)

Friday, July 15, 2011

KEBENCIAN MELAMPAU “Solusi Quotes”

Apabila kebencian kita melampaui garis wasatiyyah, kita akan hidup dalam deraan psikologi yg sgt menyeksakan. Setiap kali mendengar namaorg yg kita benci itu disebut, fikiran kita menjadi keruh. Jika seseorang memujinya, hati kita seolah-olah terbakar.
Hati kita dipenuhi pelbagai sangkaan buruk setiap kali melihat org yg kita benci itu melakukan atau mengucapkan sesuatu. Kita sukar percaya bahawa ia mampu berbuat baik, bahkan mampu berniat baik!

Kita tidak dapat menerima kenyataan bahawa setiap org memiliki kelebihan walau sekecil mana pun, kita lebih tidak boleh menerima jika org lain mengetahui kelebihan itu. Kita akan sibuk membuka aib dan keburukan org itu untuk menutup mata semua org drpd melihat kebaikannya.
Pada tahap yg lebih parah, kita bukan hanya membenci org yg kita benci itu, malah turut membenci setiap org yg ada bersamanya. Kita membenci ibu bapa, teman, murid, guru, bahkan haiwan peliharaannya.

Saban hari, semakin bertambah bilangan org yg kita benci. Dan saban hari juga, semakin berkurangan bilangan orang yg boleh kita percayai. Akhirnya kita hidup di tgh ramai musuh dan sedikit kawan. Dan hati kita selalu dalam keresahan.

Conclusion nya yg dapat aku simpulkan di sini ialah KEBENCIAN YG BERLEBIHAN HANYA AKAN MEROSAKKAN DIRI SENDIRI. Ya, aku sendiri hampir rosak pemikiran kerana terlalu bencikan seseorang yg aku panggil kawan dan dia sendiri menyatakan yang aku adalah kawan di dunia dan akhirat sehingga aku terharu dengan kata-katanya yg pada masa itu aku adalah seorang yg tinggi egonya sebagai seorang perempuan. Tetapi aku tak tahu mana perginya kata-kata itu dalam dirinya kerana semuanya kini hanyalah kenangan yg telah lebur akibat salah faham yg tiada penyelesaian dari pihaknya. Aku cuba memahami keadaannya kerana dia banyak memujuk aku sebelum ini sebab keEGOanku yg tinggi ini. Aku pulak ada cara aku tersendiri utk pujuk dia tapi akhirnya dia sendiri angkat kaki berlalu dari semua ini yang mana aku faham kehendaknya kalau itu yg terbaik buat dirinya tidak berkawan dengan aku lagi.

Macam aku cakap tadi, semuanya dah berlalu. Today is today, tomorrow is tomorrow, yesterday is yesterday and past is past. We only can remember our memories have gone. Walau macamana pun aku cuba tipu diri aku yg aku dah lupa masa itu sebab taknak ingat kisah lama tapi ianya kadang2 terlintas di fikiran. Bila difikirkan semula mungkin ketika itu dan sekarang aku dah mula memaafkan diri aku dan juga diri dia. Wah!baru aku tahu memaafkan seseorang adalah momen yg sgt bahagia sekali. Ya Allah, semoga Kau kekalkan perasaan aku ini sehingga ke akhirnya.

Cuma sekarang ni aku dalam pertimbangan nak memaafkan seseorang kerana penganiayaan yg aku terima dari pihaknya. Aku rasa itu adalah hukuman yg terbaik buat dirinya setakat ini kerana tidak menghargai pertolongan dan mengkhianati aku sebagai seorang kawan. Walaupun aku cakap aku memaafkan tapi Cuma mulut sahaja. Jauh di sudut hati, mahkamah Allah sahajalah tempat pengadilan untuk dia bersoal jawap tentang hukuman dia. Bukanlah bermakna aku membencinya jauh sekali berdendam kerana dia punya keluarga untuk diberi makan. Walaupun aku sukar untuk terima hakikat ini tapi aku anggap itu adalah dugaan yang terbaik dariNya.

Ianya adalah sebuah pengalaman, pengajaran dan pelajaran yang terbaik pernah aku terima daripadaMu. Daripada itu, aku telah mempelajari beberapa perkara yg mengingatkan aku tentang keinsaniah dalam diri ini. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan apa yg aku miliki sekarang walaupun tak sehebat dulu. Kepada ‘SESEORANG’ itu, aku selalu berdoa semoga Allah membuka hati kau agar memikirkan cara untuk menyelesaikan penganiayaan kau terhadap aku. Amin…………..


NOTA KAKI ~~ aku akan PK dulu sebelum nak benci orang ~~

Sunday, April 24, 2011

Alhamdulillah... 감사함니다

Tak sangka akhirnya i can breath out even if i still feel the smell of the cofee.. life isn't easy as we thounght.. it made us to sacrifice no matter how hard we tried.. i'd that feeling before so i'm highly confident to speak it out!! maybe, suffering life made us rise (step-by-step)

SEDIH kerana dia gembira . . .
GEMBIRA kerana tak fikir dia . . .
LETIH kerana persoalan tidak terjawab . . .
PENAT kerana menunggu terlalu lama . . .

yang mana akhirnya NOKTAHnya tiada akhirnya . . . i'm not tired but EXHAUSTED !!!
walau di mana akhirnya kau berdiri, i always hope you will bring your guilty for the rest of yourself...
In the end i can't wait what the next is???

Monday, December 29, 2008

2008 MELABUHKAN TIRAINYA

Macam-macam hal yang berlaku dalam 2008.. Sekadar melahirkan pendapat apa yg terlintas dalam fikiran mindaku... Dari dunia politik,industri hiburan hinggalah my sosial life...semua bercampur aduk..
POLITIK - Malaysia ku mengalami perubahan yang amat ketara dalam election yang lalu (08/03/08). Since my write is not privacy,so i won't comment anything.. Cuma i just weird macamana 3 parti boleh bergabung untuk memerintah??bukanke fahaman atau what they called it erk?lupalah (manisfestos kot) fahaman yang berlainan....
INDUSTRI HIBURAN - Sorry..takde komen sangat sebab i'm about less tahu sangat pasal industri hiburan nih..cuma tahu Norman Hakim dan Abby had divorced...lagi, Rita Rudani kahwin senyap2 kat Thailand.... Lagi apa yerk??hmm...tak taulah...
WORLD - Perubahan politik juga berlaku di Thailand..siap guling2kan pemimpin lagi..takut deh..ganas betul mereka nih..sampai berbunuh2.. Obama plak dah jadi presiden Amerika..PEACE IN WORLD kkk....
MALAYSIA KU - Tragedi di Hulu Kelang berulang kembali... Takziah pada mereka yang kehilangan keluarga tu..tapi yang tak best tu bila ada dengar2 mereka tak puas hati dengan layanan diberikan.. They should be thankful tau.. even if layanan tu tak best,at least ada gak tempat untuk mereka berpayung..takkan lah tak ingat Tsunami yg pernah berlaku dulu..rasanya mereka yang menerima bantuan tiada rungutan kot..hmm..tak ingatlah plak..dah lama berlaku (26/12/04).. Point kat sini kita seharusnya BERSYUKUR dengan apa yang ada dalam KEHIDUPAN kita.
ME - Baru jer abis final exam 17/12 yang lepas.. Hope Financial Account lulus..takmoh gagal.....
Mengharapkan juga 2009 menjadi tahun yang akan mereleasekan kepala daripada tension yang membelenggu hidup ini...