Ya Allah

Antara NASIB & TAKDIR adalah sesuatu yang lebih kurang sama. MEREKA akan berubah hanya dengan DOA kita & dengan KeizinanNya
Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Monday, August 8, 2011

Mustahilkah Untuk Melakukan Perubahan?

Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.

Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).

Tiba-tiba terfikir satu persoalan.

Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?

Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?

"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37

"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62

Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.

Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?

Pastinya yang lebih baik.

Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.

Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:

"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"

"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"

Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.

Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.

Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2

Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?

Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.

Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.

Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.

Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.

Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.

- Artikel iluvislam.com

Glosari: futur bermaksud sikap malas, melambat-lambatkan dan bertangguh dalam keadaan dulunya sentiasa pantas dan efisien

PETUA AWET MUDA

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.

Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.

Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.

Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.

Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.

Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

Amalkan solat tahajud.

Sentiasa tenang dan bersikap positif.

Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

Maafkan semua orang sebelum tidur.

NOTA KAKI
`SUME NI DARI I LUV ISLAM`

Saturday, July 23, 2011

아이고야!!!

opening....ㅋㅋㅋㅋ
aku nak gelak dulu sebab asyik nak gelak je bila teringat hal lunch td..
td member opis ajak teman dia jumpa timbalan BPI kat kedai makan..hati ni rasa mcm berat jek sbb;
1)엄마는 suh ambik duit dia..
2)ada keje aku yg blm settle
3)pendek kata hati mcm tak best lah...

tapi akhirnya aku pi gakk sbb nak gak kenal org kuat kami..yg buat tak best tuh,bos aku ada plak ikut..hhuhu..makin soganlah dibueknyo....takpe,makan jelah..tup2 tgh mkn driver dia dtg plak..aku yg tgh mkn nih sambil otak tgh berfikir ntahapantah tiba2 diarah suh ambikkan nasi putih utk mamat ni..aku yg tergezut tu terus bangun bertindak mengikut arahannya tanpa sedar baju kurungku telah meliputi kerusi bulat yg aku duduk tanpa ada sandar dibelakang, terus tergolek ke simen...
HADOIIIII...엄머니이이이이이...너딸이이이이...후후후후

malu seh....the best nya ialah mereka wat bodo jek tapi yg senyum beruk pun cover jek aku nye malu...huwaaaa...ni kali kedua aku rasa sgt segan selepas the 1st yg pnh aku alami dulu..hahaha..malu aku nak ingat balik..

ptg tadi meeting bos besar start pkl 3pm,aku terkial2 plak nak bersihkan cawan..last2 bos aku tinggai gitu dan terus masuk bilik meeting..ㅋㅋㅋ.ingatkan habis gitu jek..rupanya smpi pkl 4.15pm bos aku ngamuk lg psl makan tak sampai lg..kesian abg kwn sepejabat aku sbb tu dianya event..aku ni yg tak pnh tgk bos aku marah gila2, apalg,takut beb..bygkan bila org tua mengamuk akibat terlalu memendam perasaan marah sebab dia bukan jenis yg susah nak marah gila2..sedih pun ada sebab org yg anta makanan tu mcm nak sabotaj tmpt kami je..

on da way nak balik umah plak ada kisah yg sgt menghanginkan aku plak..mentang2 awek ada kat sebelah,ko bwk kete 50per/km plak yek??bakau darah tul aku tgk..kete honda dpn aku masa dah bg lampu liplap pun dia wat bodo jek..last2 aku pun hangin beliung takleh kawal lg..sampai kat selekoh,aku terus pintas dia dgn wat lap maut utk dia..hahaha..tergezut member seh!!aku sendiri pun tergezut sbb kat selekoh aku leh wat gitu..insaf sekejap time tu gak..hehehe..yg lawak sikit, ngam2 sampai kat aku,trafficlite merah plak..aku ingat mamat td belok mana2,upanya dia stop kat blkg aku plak..hadoi,dia dpt kejar aku gak sbb red traffic w/pun dia speed 50..tiba kat traffic lite kedua,dia pintas aku plak sbb dia ambik line kanan..

sekian jelah utk harini

NOTA KAKI
* aku dah terbiasa follow my inner heart bila wat sesuatu keputusan sbb setakat ni aku jrg tersilap slps wat pilihan..aku pernah langgar my inner heart b4 sbb nak testing diri sendiri akhirnya aku terjerumus dlm kesilapan tsbt!!then perkara yg sama berulang seperti peristiwa di atas..heheehe

* what u give, u got back..

* sentiasa sabar dlm pemanduan sbb maut takkan dtg tunggu kita.. (aku dah pernah eksiden pun ni pun masih tak insaf..Astaghfirullah!)

* kawallah perasaan amarah dalam diri..